Sunday 26 January 2014

BOLEH KE LELAKI AMBIL GLA SHAKLEE???

GLA Complex Shaklee : Lelaki juga boleh makan!

Pertama sekali tanggapan orang ramai.. BOLEH KE??? 

Jawapan saya BOLEH SANGAT-SANGAT... Mesti anda tertanya-tanya kenapa saya kata boleh kan..
Bukan ke GLA ni hanya sesuai untuk WANITA???

Sebenarnya semua tu tak benar pun..lelaki pun boleh ambil dan amalkan pengambilan  GLA ni tau..
Sebab tu Shaklee is THE BEST!!! :)



Banyak fungsi GLA untuk lelaki.. Jom kita tinjau2  fungsi yang 'AWESOME' ni...

*Herba Tradisi Yang Dipercayai - Borage adalah herba kegemaran orang Barat. Ia di gunakan untuk merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, mengeluarkan kahak, melegakan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina 

*Mengawal Selia Testosteron - GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki 

*Memperbaiki Prostatomegaly - GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing

*Menentang Kanser - GLA adalah anti oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser

* Inflamasi Kulit - Iainya mengurangkan inflamasi kulit, ekzema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan dan kurap. Iainya juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi darirheumatisma dan artritis

*Untuk Penghidap Diabetes - Merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan ndisebabkan oleh gula darah yang tinggi

*Pelangsingan dan Menghalang Penambahan Berat Badan - Merendahkan kolesterol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi ton pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan yang cantik.

*Tekanan Darah Tinggi - Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung

*Memperbaiki Tekstur Rambut - Memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur.

Banyak kan fungsi GLA ni??? bukan sekadar untuk kesuburan dan masalah-masalah wanita je tau..
So,untuk kaum- kaum adam di luar sana jangan SEGAN SILU untuk mencuba supplemen yang TERBAIK ni...




Tidak terlewat rasanya bagi saya seorang PAKAR KESIHATAN dan JURURAWAT untuk sentiasa berkongsi dan MEMBANTU anda dalam penjagaan kesihatan anda tanpa ragu-ragu. 


 
PAKAR KESIHATAN ANDA
Nurulain Mohamad      
Shaklee ID : 965388     
SMS/WhatsApp : 0167055135

Thursday 24 October 2013

KELEBIHAN DAN FADHILAT MENYUSUKAN ANAK



Mengapa susu badan dianggap terbaik?

Susu ibu dan susu formula (susu tin) adalah berbeza. Susu ibu menyediakan kesemua protein, gula, lemak dan vitamin yang diperlukan oleh bayi untuk menjadikannya sihat, malah terdapat faedah-faedah lain yang tidak terdapat di dalam susu formula. Ia membantu MELINDUNGI bayi dari serangan sesetengah penyakit dan jangkitan. Disebabkan bahan-bahan perlindungan yang terdapat di dalam susu ibu inilah, maka kanak-kanak yang diberi susu ibu jarang sekali diserang penyakit/masalah seperti :
  • Jangkitan dalam telinga (otitis media)
  • Alahan
  • Muntah
  • Cirit-birit
  • Pneumonia, bunyi ronkus, bronkiolitis
  • Meningitis
Anda pernah dengar Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS)???

Sudden Infant Death Syndrome (SIDS) ialah kematian yang berlaku secara mengejut pada bayi . Ia biasanya berlaku tanpa apa-apa simptom yang jelas. Bayi boleh meninggal secara tiba-tiba sahaja ketika tidur. Sindrom ini saya akan ulas pada entry yang akan datang.
Kajian juga telah menunjukkan bahawa penyusuan dengan susu ibu dapat melindungi bayi dari serangan tersebut. Antara faedah susu ibu yang lain, termasuklah:
  • Mudah untuk dihadamkan oleh bayi.
  • Tidak perlu disediakan.
  • Tidak memerlukan perbelanjaan dan sentiasa terdapat bekalan yang mencukupi.
  • Ia baik untuk alam sekitar kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak yang perlu dibuang ke dalam tong sampah.
Penyusuan susu ibu juga dapat memberikan sentuhan fizikal, menjalin kemesraan dan mengeratkan ikatan kasih sayang antara ibu dan bayinya.
Dari segi kesihatan terdapat banyak faedahnya:
  • Membakar lebih banyak kalori dan membantu mengembalikan semula berat badan anda yang dahulu dengan lebih cepat.
  • Mengurangkan risiko mendapat kanser ovari dan kanser payu dara di kalangan wanita yang belum putus haid.
  • Membina kekuatan tulang serta mencegah kepatahan tulang ketika usia lanjut.
  • Melambatkan kedatangan semula haid selepas bersalin, oleh itu dapat menjarakkan kehamilan (anda perlu ingat bahawa menyusukan bayi sahaja tidak dapat mencegah kehamilan).
  • Membantu rahim kembali kepada saiz asalnya dengan cepat.
Lebih lama anda menyusukan bayi anda dengan susu sendiri, lebih banyak kebaikan yang akan diperolehi oleh anda dan bayi, dan lebih lama pula kebaikan itu dapat bertahan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan pakar-pakar kesihatan menyarankan ibu-ibu supaya menyusukan bayi mereka seberapa lama yang boleh, satu tahun atau lebih lama, kerana susu ibu merupakan pemakanan yang terbaik di samping dapat melindungi bayi dari serangan penyakit atau jangkitan.

Secara teorinya, susu badan akan mengikuti keperluan bayi, tapi nyata ia tak semudah teori, bila dah mula bekerja, ramai ibu yang mendapati keperluan anak melebihi apa yang ibu dapat pam & bekalkan setiap hari. Tapi benarkah hal sebegini boleh berlaku? Dan kenapa? Jom kita tengok puncanya…
1- KEKERAPAN MENGEPAM
Biasanya bila dah mula sibuk, ibu yang dulunya mengepam 3-4 kali sehari di pejabat, akan kurangkan sesi kepada 2-3 kali, atau sekali, atau kadang2 tak sempat pam langsung!
Bila kekerapan mengepam dikurangkan, susu ibu akan berkurangan kerana signal yang di hantar ke otak “Buat susu” sudah dikurangkan. Umpamanya dulu pelanggan beli nasi lemak 3 bungkus, tapi sekarang untuk menjaga kesihatan dengan optimum,pelanggan hanya beli sebungkus sahaja. Jadi penjual pun mengurangkan kuantiti jualannya untuk mengelakkan berlakunya pembaziran jika jualannya tidak habis di jual.
Jangan kurangkan pam. Kalau ada duit lebih, invest untuk pam yang boleh handsfree, jadi sambil buat kerja boleh mengepam. :)
2- CARA PENGASUH MEMBERI BAYI MINUM

Agak pelik bila hantar bayi ke rumah pengasuh,tiba-tiba bayi minum lebih banyak susu dari yang di bekal. Cuba kita lihat cara pengasuh memberi susus pada bayi kita. Contohnya, bila bayi menangis saja terus beri susu. Apabila aktiviti seperti ini sering di lakukan, bayi akan merasakan aktiviti menghisap susu itu mampu menenangkannya. Maka,bayi akan tetap menghisap walaupun tidak lapar. Sebab itu bekalan si ibu tidak mencukupi.. Padahal, bayi itu mahu di peluk,di manja atau bermain dengan kita.. :)
Malah, ada pengasuh yang terus panaskan sebotol penuh. Jadi walapun bayi minum sikit, yang lebih akan dibuang saja.
# pastikan dan ajari pengasuh tentang cara pengendalian susu ibu.
3- CARA IBU SIMPAN SUSU PERAHAN

Ada kaitan sikit dengan no (2) di atas. Contohnya, ibu menjangka anak minum 10oz, maka ibu menghantar 2 botol susu yang mengandungi  5oz setiap satu. Di rumah pengasuh, bayi minum 4 kali di rumah pengasuh,lalu pengasuh memanaskan sebotol setiap sesi minum susu. Tamat sesi kedua, bekalan susu habis.
simpan susu ikut keperluan bayi minum setiap sesi. Kalau tak dapat agak, simpan dalam kadar 2-3 oz saja dalam satu botol.
4- OUTSTATION

Bila outstation, kadang kala  ibu tidak bawa bayi bersama. Jadi, ibu kena tahu bahawa beliau perlu pam 8-12 kali sehari, atau 2-3 jam sekali setiap hari untuk memastikan bekalan susu mencukupi untuk bayinya. Kadang kala ibu tidak menyedarinya kerana biasanya bayi minum pada waktu malam dan ini membuatkan bayi cepat berasa kenyang.
# pastikan anda Pam siang & malam mengikut masa
5- KEBERKESANAN PAM
pam susu ibu boleh hilang keberkesanannya bila dah lama dipakai. Misalnya menjadi haus, longgar, dan sebagainya. Ini akan menyebabkan pam tersebut gagal membantu ibu mengosongkan payudara.
6- PENGAMBILAN UBAT-UBATAN
Beritahu doktor yang anda tengah breastfeed dan minta doktor untuk memberi ubat yang selamat untuk BF.

Ambil tahu tentang kesan ubat-ubat terhadap penyusuan. 
PERINGATAN : vitamin bukan ubat ya !
7- PENGAMBILAN PIL PERANCANG
Sesetengah pil perancang boleh mengurangkan susu.
Dapatkan nasihat pakar laktasi sebelum mengambil sebarang perancang keluarga.
8- MENGANDUNG

Mengandung boleh kurangkan susu kerana hormon estrogen & progesteron meningkat menyebabkan prolaktin ‘tertekan’. Maka penghasilan susu badan juga berkurangan.
10- STRESS
Bila dah banyak kerja, atau bayi makin lasak, ibu mungkin menjadi stress. Stress boleh mengurangkan susu kerana tubuh kita ‘sibuk’ memikirkan benda lain dan mengganggu hormon-hormon dalam badan.
amalkan pemakanan sihat, minum air banyak, perancangan yang baik & teknik hypnobreastfeeding.
Jangan risau bila susu kurang, ia adalah asam garam biasa dunia penyusuan. Yang penting, kita tahu macamana nak selesaikannya. Pastikan badan anda mendapat nutrisi yang secukupnya. Bagi anda yang mengalami masalah PENGHASILAN SUSU BADAN saya sedia MEMBANTU anda.
Pakar Kesihatan dan Kecantikan Anda
Nurulain Mohamad   € ID : 965388   € SMS/WhatsApp : 0167055135

Thursday 17 October 2013

PENYAKIT JANTUNG PEMBUNUH NO. 1 WANITA DI MALAYSIA???


         


Setiap seorang daripada tiga orang wanita di dunia dijangka akan mengalami masalah jantung dalam hidup mereka. Ini bermakna bahawa pembunuh nombor satu wanita di dunia bukan lagi kanser payudara atau kanser pangkal rahim, tetapi penyakit jantung.


"Memang rasa sukar bernafas, tapi saya wanita dan bukan perokok. Tak mungkin saya alami sakit jantung!"

Benarkah andaian itu? Jika itulah yang berlegar dalam fikiran, itu tandanya anda tidak mempunyai maklumat lengkap mengenai penyakit jantung dan ancamannya Paling penting, anda wanita yang tidak endah hal ehwal kesihatan, termasuk tekanan darah atau bacaan kolesterol sungguhpun tidak merokok atau mengamalkan diet sihat.


        


Fakta ini mungkin mengejutkan ramai orang kerana selalunya penyakit jantung hanya dialami oleh orang lelaki sahaja. Namun tiada yang menyangka bahawa tanda-tanda yang dihadapi oleh orang wanita juga sebenarnya menandakan mereka serang mengalami serangan sakit jantung.

Hakikatnya, dalam banyak keadaan, serangan jantung kalangan wanita itu sukar dilihat kerana `tandanya' payah dikesan. Fakta ini serta salah tanggapan tentang serangan jantung adalah antara punca mengapa sakit jantung kekal di kedudukan nombor satu sebagai penyakit yang meragut nyawa wanita Malaysia. Bukan sejak setahun dua, sebaliknya sejak 10 tahun yang lalu kerana mangsa tidak mendapat rawatan pantas dan tepat serta tidak tahu punca utama serangan penyakit berkenaan.

Malah, kajian menunjukkan kematian akibat penyakit jantung adalah 2.5 kali ganda lebih TINGGI berbanding kematian akibat kanser bagi kalangan wanita. Statistik kematian di hospital kerajaan yang direkodkan dari 1990 hingga 2006, menunjukkan pesakit jantung wanita meningkat sehingga 136 peratus!

Setiap satu dari empat wanita berpotensi mendapat penyakit itu. Namun,apa yang menyedihkan kesedaran mengenainya masih rendah. Buktinya, kajian terkini Pertubuhan Kesihatan Jantung Wanita atau Women's Heart Health Organisation (WH2O) - organisasi di bawah Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia (NHAM) ke atas 5,195 responden berusia antara 20 hingga 70 tahun, mendapati bukan saja wanita, lelaki juga tidak mengetahui dengan jelas mengenai sakit jantung.


Penyakit jantung sentiasa dianggap penyakit utama lelaki kerana kebanyakan mereka adalah perokok selain mendapat penyakit berkenaan 10 tahun lebih awal sebelum wanita. 
Risiko wanita mendapat sakit jantung adalah lebih rendah berbanding lelaki. Wanita dilindungi estrogen tinggi ketika masih subur dan berupaya mengelakkan mereka daripada diserang penyakit jantung. Tetapi perlindungan itu boleh MEROSOT mendadak apabila mengalami menopaus. Ini berikutan tahap estrogen menurun selain trigliserida dan lipoprotein densiti rendah (LDL) atau kolesterol buruk di kalangan wanita berumur juga meningkat disebabkan kenaikan berat badan dan faktor usia. ( penuaan )

Pengerusi WH2O, Tan Sri Datuk Seri Dr Robaayah Zambahari pernah berkata dalam satu sesi taklimat pembentanga hasil kaji selidik mengani penyakit jantung bahawa risiko serangan jantung sebenarnya sama, baik bagi lelaki dan wanita. Tetapi faktor paling tinggi menyumbang kepada penyakit jantung ialah disebabkan diabetes mellitus, yang menjadi `ibu' penyakit kardiovaskular.


Dr Robaayah yang juga Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Institut Jantung Negara (IJN) berkata, risiko maut akibat penyakit kardiovaskular dan diabetes adalah 50 peratus lebih tinggi bagi wanita berbanding lelaki. Antara puncanya termasuk salur darah wanita lebih kecil berbanding lelaki menyebabkan lebih mudah terhalang apabila berlaku pengumpulan kolesterol dalam salur darah.

"Bila kita tidak tahu mengenai tahap kesihatan dan masalah jantung, besar kemungkinan bantuan tepat dan cepat tidak dapat dilaksanakan. Keadaan bertambah buruk apabila pengamal perubatan juga berfikir sedemikian. Kelewatan bantuan itulah yang boleh meragut nyawa," katanya.


INFO SERANGAN JANTUNG

                               

Ia berlaku apabila aliran darah kaya dengan oksigen ke bahagian otot jantung tersekat. Serangan jantung paling kerap berlaku akibat daripada penyakit jantung koronari (CHD), juga dikenali sebagai koronari arteri, di mana plak terbina dalam salur darah arteri koronari. Ia berlaku menerusi pengumpulan lemak dan kolesterol progresif. Jika tidak dipulihkan dengan segera, pesakit boleh mati akibat serangan jantung secara tiba-tiba atau lebih dikenali sebagai serangan jantung.


Punca Penyakit jantung koronari (CHD)

* Usia - Risiko sakit jantung tinggi selepas menopaus.

* Kolesterol berlebihan

* Hipertensi

* Merokok

* Gaya hidup tertekan di bawah tekanan tinggi

* Lemak berlebihan. Ukuran lilit pinggang melebihi 80 cm tingkat risiko sakit jantung

* Kurang bersenam

* Kencing manis atau diabetes

* Sejarah keluarga


Gejala Penyakit jantung koronari (CHD)

Antara gejala kerap berlaku termasuk:

* Sakit dada

* Sesak nafas

* Pening kepala

* Jantung berdebar


       



Diagnosis

Kaedah diagnosis CHD adalah:

* Elektrokardiogram (ECG)

* Ujian Treadmill - ujian untuk mengenal pasti kehadiran myocardial ischemia.

* Echocardiography

* Imbasan Perfusion Myocardial

* Tomografi Berkomputer (CT)

* Pengimejan Resonans Magnetik (MRI)

* Pengkateteran jantung dan Angiogram Koronari - Ujian ini memerlukan penyisipan kateter melalui arteri kaki atau pergelangan tangan dan suntikan pencelup yang di X-ray ke dalam arteri koronari, untuk menggambarkan dan mengesahkan darjah penutupan saluran darah.


Rawatan

Kaedah rawatan dilakukan berdasarkan tahap teruk pesakit apabila didiagnosis sama ada pengambilan ubat atau pembedahan.

* Rawatan Ubat

Pada peringkat awal, pesakit biasanya diletakkan di bawah rawatan perubatan menggunakan aspirin atau GTN untuk melegakan gejala.

* Angioplasti Koronari

Dikenali sebagai intervensi koronari perkutaneus (PCI), suatu jenis rawatan pengembangan bagi arteri koronari yang mengecil atau tersumbat, berbanding dengan pembedahan. Biasanya jika doktor mengesahkan bahawa 70 peratus atau lebih daripada arteri pesakit mengecil atau tersumbat, PCI disyorkan .

* Graf pintas Arteri Koronari (CABG)

Dikenali sebagai pembedahan pintas, ia menggunakan pembuluh anggota atas atau bawah seperti vena safenus dan arteri internal atau arteri radial di pergelangan tangan sebagai alur untuk mengraf aorta distral kepada arteri koronari untuk memintas penyempitan aterosklerotik untuk meningkatkan bekalan darah kepada otot jantung dan selepas itu melegakan angina pektoris dan mengurangkan insiden restenosis.

Mitos dan fakta

* Mitos
Penyakit jantung koronari penyakit lelaki dan bukan wanita.
* Fakta
Wanita menopaus mempunyai risiko tinggi menghidap sakit jantung kerana tiada hormon estrogen yang melindungi mereka.


* Mitos
Pembunuh utama wanita berkaitan kanser seperti kanser pangkal rahim, kanser payu dara, kanser ovari dan kanser rahim.
* Fakta
Kajian mendapati, penyakit jantung koronari membunuh wanita dua kali ganda lebih tinggi berbanding penyakit-penyakit kanser.


* Mitos
Tahap kolesterol normal, jadi risiko menghidap penyakit jantung rendah.
* Fakta
Tanggapan ini tidak benar. Kebanyakan individu mendapat serangan penyakit jantung ini mempunyai tahap kolesterol normal, hanya 30 peratus daripada mereka mempunyai tahap kolesterol tinggi.

* Mitos
Tidak merokok, tidak meminum minuman keras, sentiasa melakukan senaman, tidak menghidap diabetes atau mempunyai hipertensi, jadi saya tidak akan mendapat penyakit jantung.
* Fakta

Kajian mendapati, 30 peratus pesakit mendapat serangan sakit jantung tidak mempunyai faktor risiko. Pada masa ini pakar perubatan masih mengkaji gejala pembentukkan dan pengembangan penyakit jantung secara terperinci.

Justeru, sama ada anda mempunyai faktor risiko atau tidak, anda sebenarnya mempunyai risiko mendapat penyakit jantung. Bagaimanapun, jika anda mempunyai faktor risiko, peluang untuk mendapat penyakit jantung adalah lebih tinggi. Justeru selalu amalkan gaya hidup sihat dan ketahui keadaan tekanan darah anda.


* Mitos
Serangan jantung adalah disebabkan penyumbatan saluran arteri koronari.
* Fakta

Dua pertiga daripada serangan jantung yang berlaku berpunca daripada salur darah yang mempunyai kadar penyumbatan plak kolesterol kurang daripada 50 peratus pecah. APesakit yang mempunyai tahap penyempitan yang melebihi 70 peratus biasanya mempunyai tandatanda gejala penyakit jantung.


MANFAAT COENZYME Q10 PADA PESAKIT JANTUNG


               

Coenzyme Q10 adalah bahan semulajadi dihasilkan dalam tubuh. Banyak kajian yang menunjukkan bahawa CoQ10 membantu pesakit jantung dan paru-paru untuk menghilang rasa penat dan tidak bertenaga. 

Coenzyme Q10 boleh didapati dalam semua bahagian tubuh. Bahan yang menyamai vitamin ini merupakan anti oksida dan menjadi komponen penting kepada beberapa aktiviti berkaitan metabolisme tenaga.

Coenzyme Q10 banyak dijumpai dalam mitokondria, di mana beberapa siri reaksi biokimia mengambil tempat serta pembentukan tenaga yang diperlukan untuk menyokong kehidupan. Namun, koenzim Q10 paling banyak ditemui dalam otot jantung dan hati berbanding tisu-tisu tubuh lain kerana keperluan tenaganya yang lebih tinggi pada sel-sel jenis ini.

 

            


Coenzyme Q10 atau CoQ10 hadir secara semula jadi dalam makanan dan juga boleh disintesiskan dalam tubuh. Adakalanya kekurangan boleh berlaku akibat pengambilan dalam makanan yang tidak mencukupi, masalah dalam biosistesis koenzim Q10, penggunaan yang berlebihan oleh tubuh atau kesemua faktor-faktor tersebut. Kaitan antara kekurangan COQ10 dan masalah kesihatan didedahkan oleh beberapa kajian ke atas manusia dan juga haiwan. Masalah-masalah kesihatan ini selalunya dikaitkan dengan penghasilan tenaga yang rendah atau fungsi otot yang lemah seperti kegagalan jantung, sindrom keletihan kronik dan juga migrain.

Manfaat Coenzyme Q10 untuk menyokong kesihatan jantung banyak disokong oleh kajian klinikal. Kajian turut mencadangkan agar koenzim Q10 digunakan sebagai terapi tambahan kepada penghidap kegagalan jantung kongestif (congestive heart failure). Di Jepun, Coenzyme Q10 diluluskan untuk digunakan dalam rawatan masalah jantung ini.

Kekurangan Coenzyme Q10 yang ketara juga dikesan di kalangan penghidap kegagalan jantung kongestif yang turut sama mengalami hipertensi. Ujian klinikal juga mendapati pengambilan Coenzyme Q10 di kalangan penghidap hipertensi mampu membantu merendahkan tekanan darah sistolik dan diastolik dengan ketara.

Masalah keletihan dan kelemahan otot juga lebih mudah dialami di kalangan mereka yang sedang mengambil statin untuk menangani masalah peningkatan kolesterol dalam darah. Tidak dapat dinafikan statin merupakan ubat untuk mengawal peningkatan kolesterol yang berkesan. Namun, dalam masa yang sama ia juga boleh merendahkan penghasilan Coenzyme dalam tubuh memandangkan kedua-duanya berkongsi laluan yang sama dalam proses penghasilannya dalam tubuh.

Kajian membuktikan bahawa pengambilan statin dalam jangka pendek sekalipun boleh merendahkan paras koenzim dalam plasma darah. Dengan itu, pengambilan Coenzyme Q10 dianggap penting di kalangan pengambil statin dalam usaha mencegah simptom-simptom seperti kelesuan dan masalah jantung.


          

 

Sebagai seorang JURURAWAT yang sentiasa bertemu dengan pesakit- pesakit jantung(saya bertugas dibahagian unit jantung) serta merupakan PAKAR KESIHATAN sentiasa ingin berkongsi dan MEMBANTU anda dalam penjagaan kesihatan anda tanpa ragu-ragu. 


Nurulain Mohamad € ID : 965388 € SMS/WhatsApp : 0167055135







Monday 7 October 2013

Hot selling!!! Tapi kenapa???

Selamat pagi semua.. Ceriakan hari anda dengan Energizing soy protein ESP!!!
Cewahh.. Macam nak buat iklan pula.. Bukan nak buat iklan tapi cuma ingin berkongsi. Semoga apa yang saya kongsikan ini bermanfaat untuk anda semua..

Ramai orang tanya kenapa ESP Shaklee ni menjadi HOT selling??? Meh sini nak bagitahu kenapa ramai sungguh orang repeat order ESP..

Kalau anda nak tahu satu hidangan ESP ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

Saya percaya banyak kelebihan ESP Shaklee yang sudah biasa anda dengar, kan? Wah.. Senyum sampai ke telinga kakak-kakak yang dah cuba ESP ni.. Mana tidaknya, mereka sudah tahu dan merasai sendiri kelebihannya..Berbaloi dengan harga yang mereka keluarkan untuk menggunakan ESP ini. Tak sampai RM 150 tapi boleh guna hampir 2 bulan.... Tapi orang lelaki pandang je ke??? 

PERHATIAN!!! Orang lelaki pun boleh minum tau. Tak kira muda,tua,dah kahwin, belum kahwin..semua BOLEH minum tau.. Zaman sekarang sudah ramai lelaki sedar tentang pentingnya kesihatan diri. Jadi buat apa tunggu lagi?? Orak langkah anda untuk kehidupan yang lebih sihat..



Tapi anda biasa dengar tak kelebihan ESP seperti ini:

    1. ESP meningkatkan penyerapan proteinmengatasi masalah angin dan ketidakselesaan perut, mengatasi masalah gastrik.
    2. ESP mengurangkan paras kolesterol dalam darah sebanyak 23%
    3. 60 kajian menunjukkan protein soya meningkatkan ketumpatan tulang
    4. 2 kajian menunjukkan pengamalan ESP dan Vitamin E serentak merendahkan sehingga 40% LDL (kolesterol buruk) yang membawa risiko darah tinggi dan sakit jantung
    5. 4 kajian menunjukkan ESP menghalang LDL (kolesterol buruk) dari teroksida bagi mengelakkan risiko strok dan arteri tersumbat yang membawa kepada sakit jantung
    6. ESP menghalang pembentukan batu karang yang biasa dialami oleh lelaki
    7. ESP mengelakkan kerosakan buah pinggang. Protein haiwan boleh rosakkan buah pinggang tapi protein dari soya akan melindungi buah pinggang
    8. ESP mengandungi kandungan protein lengkap dan isoflavene mencukupi di mana isoflavene adalah bahan semulajadi yang diperlukan badan untuk melawan kanser
    9. Protein dan isoflavene dalam ESP bertindak serentak untuk menghalang sel tidak normal untuk terus membiak menjadi sel kanser
    10. Protein soya menghalang sel kanser dari merosakkan arteri dan menyerap nutrisi dari badan
    11. Protein soya meningkatkan aktiviti sel darah putih yang merupakan sistem pertahanan badan kita dalam melawan serangan, penyakit dan jangkitan bacteria/virus
    12. Lysine dalam ESP jika diamalkan dengan Vitamin C mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 90%
    13. ESP jika diamalkan dengan flavanoids mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 10x ganda
    14. ESP jika diamalkan bersama Shaklee Carotomax dan Ostematrix mengurangkan pembiakan sel kanser sebanyak 10x ganda
    15. Protein ESP menggalakkan proses pemulihan sel rosak kepada sel sihat untuk fungsi badan yang sempurna
    16. ESP terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam lamanya
    17. ESP membina sel otot, kulit dan hormone yang seimbang, menyokong sistem imunisasi badan, dan menyokong kesihatan jantung dan prostat(lelaki)
    18. ESP mengawal ‘mood swing’ pada wanita ketika PMS dan wanita menopause

Jadi tak hairan lah kalau ramai pengguna ESP repeat order setelah mencuba untuk pertama kali.. Alhamdulillah.. Mereka sudah merasainya.. Anda bila lagi???

Tidak terlewat rasanya bagi saya seorang PAKAR KESIHATAN dan JURURAWAT untuk sentiasa berkongsi dan MEMBANTU anda dalam penjagaan kesihatan anda tanpa ragu-ragu. 


 
Pakar kesihatan anda
Nurulain Mohamad      € ID : 965388     € SMS/WhatsApp : 0167055135

Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan

Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan

Pepatah ada mengatakan, Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan  dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan. Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang serius. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik.

Antara punca utama serangan penyakit-penyakit yang serius seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat serta kurang bersenam. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Kini, Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti yang sangat membimbangakan.

“ Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat badan (obesiti). ”
                                                                                                      
                                                                                                 - Sumber dari berita harian -


Cuba anda tengok gambar di bawah ini.

          

Woww.. Hebatkan!!! Hanya mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang mereka mampu membukti kehidupan mereka lebih baik.Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. 

Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Apabila anda mengamalkan pemakanan yang sihat pelbagai kebaikan yang boleh anda nikmati.

1.  Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal.

Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya.

2.  Memberikan vitamin yang cukup kepada badan.

Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang itu. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang sihat sejahtera sahaja. Namun jangan sebarangan mengambil vitamin yang tidak mendapat kelulusan daripada pihak berwajib. Produk Shaklee merupakan salah satu supplemen vitamin yang terbaik kerana mendapat pengiktirafan dunia. Malahan ia jugadar sumber organik yang sangat mesra alam,berkesan dan selamat. Malah, mendapat kelulusan HALAL dari Islamic Service of America.




3.  Mampu mengawal kadar obesiti.

Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegi menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.

4.  Perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu.

Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan individu yang seimbang aspek pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan.


Makanan Seimbang Kurangkan Risiko Penyakit Berbahaya

Pengambilan makanan berkhasiat, berzat dan seimbang sering disarankan untuk memastikan anda sentiasa sihat dan bebas daripada pelbagai penyakit berbahaya. Ini kerana pengambilan makanan seimbang dalam diet seharian dapat membantu mengurangkan risiko beberapa penyakit, termasuk kanser, serangan jantung dan angin ahmar, tekanan darah tinggi, lebihan kolesterol, osteoporosis dan spina bifida. Sejauh manakah makanan dapat membantu anda menjauhkan diri daripada penyakit berbahaya?

1.  Kanser (Barah)

Makan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu mengurangkan risiko kanser kolon, perut, paru-paru dan esofagus. Bagaimanapun, bukti yang menunjukkan pengurangan risiko itu tidak sekuat sebagaimana kanser payu dara dan prostat.
Diet tinggi lemak sering dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser prostat, kolon, rektum dan endometrium. Bagaimanapun diet tinggi lemak sukar dikaitkan dengan kanser payu dara tetapi ada bukti menunjukkan bahawa lemak tepu memainkan peranan penting dalam meningkatkan risiko kanser.

2.  Serangan jantung dan angin ahmar (Strok)

Satu kajian mendapati mereka yang mengikuti garis panduan pemakanan disarankan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) mengalami 28% dan 14% pengurangan risiko terhadap serangan jantung dan strok berbanding mereka yang tidak mengikuti garis panduan itu.

3.  Lebihan kolesterol

Kurangkan pengambilan lemak, terutama lemak tepu akan merendahkan risiko mengalami lebihan kolesterol di dalam darah, sekaligus risiko terhadap penyakit jantung koronari.

4.  Tekanan darah Tinggi

Mengambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (8 hingga 10 hidangan) diikuti diet rendah lemak dan mengambil produk tenusu (3 hidangan sehari) boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan merendahkan tekanan darah, sekaligus mengurangkan risiko terhadap penyakit jantung koronari.

5.  Osteoporosis

Mendapat kalsium secukupnya akan melindungi anda daripada osteoporosis. Kalsium dijumpai dalam produk tenusu, sayuran hijau dan banyak lagi produk yang diperkaya dengan kalsium.

6.  Spina Bifida

Mengambil makanan yang mengandungi asid folik seperti sayur-sayuran hijau atau asid folik yang diperkaya dengan bijirin sebelum dan ketika hamil dapat membantu melindungi bayi daripada mengalami spina bifida.





Tips Diet Seimbang



Antara beberapa tips diet seimbang yang boleh diamalkan.

1. Banyakkan makan makanan yang berbuah.

Kalau nak kira memang banyak sebenarnya buah yang sedap lagi berkhasiat. Diantaranya ialah buah apple, nenas, pisang, bawang putih, gandum, kentang, dan buah betik. Semua jenis buah yang disebut ini sebenarnya banyak khasiat tersendiri.

2. Banyakkan juga memakan kekacang.

Kacang pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein, karbohidrat, gentian dan beberapa vitamin (terutamanya vitamin B). Kacang soya yang sangat kaya dengan protein tumbuhan – boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti susu kacang soya, tauhu, tempe, protein sayuran bertekstur dan taugeh.

3. Banyakkan minum air.

Air adalah sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh anda, termasuk penghadaman, penyerapan dan pengangkutan zat, perkumuhan, pengawalan suhu badan dan bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh yang bergerak. Tubuh kita akan kehilangan lebih kurang 11/2 hingga 21/2 liter air dalam satu hari melalui air kencing, tinja, peluh dan wap daripada paru-paru. Jangan tunggu sehingga sudah berasa dahaga, untuk menggantikan cecair yang telah hilang dari badan. Minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air setiap hari. Cecair juga boleh didapati daripada minuman lain, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan lain.

4. Kurangkan kandungan lemak dalam makanan.

Sebenarnya lemak itu penting, tetapi dalam diet harus menyumbangkan 20% hingga 30% sahaja dalam jumlah keperluan tenaga harian.Jadi, oleh itu kita harus elakkan pengambilan lemak berlebihan dengan:
  • Memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol.
  • Menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
  • Mengurangkan penggunaan santan atau minyak kelapa dalam masakan.
  • Memilih daging tanpa lemak, serta membuangkan kulit jika boleh (contoh: kulit ayam).
  • Menghadkan penggunaan lemak yang boleh dilihat (seperti marjerin, mentega, minyak salad, krim dan mayonis).
  • Mengamalkan kaedah masakan alternatif (seperti membakar, menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mengukus) daripada menggoreng.

5. Kurangkan gula.

Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat.Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh.Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.

6. Kurangkan garam

Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam. Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema).


Kita perlu mengambil makanan yang seimbang kerana semua kepentingannya sudah dinyatakan tadi. Bukan sahaja individu tetapi masyarakat dan seterusnya negara akan menerima kesan positif daripada pemakanan yang baik ini. Jika masyarakat masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan bertambah pula. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah pencegahannya. “Tepuk dada tanya selera”.

Sebagai seorang PAKAR KESIHATAN saya sentiasa ingin berkongsi dan MEMBANTU anda dalam penjagaan kesihatan anda tanpa ragu-ragu. 



Nurulain Mohamad € ID : 965388 € SMS/WhatsApp : 0167055135



Thursday 3 October 2013

Rahsia Awet Muda Dengan Shaklee

Hari ini saya nak kongsi dengan anda tentang Shaklee Collagen Powder.. Siapa tahu tentang ni..angkat tangan!!! Hehehe... Macam-macam orang tanya pasal collagen shaklee ni.. Ini antara soalan-soalan yang orang selalu tanya..

1. Apa kandungan collagen shaklee? 
Kandungan utama collagen shaklee adalah dari sisik ikan merah, iaitu salah satu sumber premium kolagen dengan penyerapan lebih tinggi dan pencemaran yang lebih kecil berbanding kolagen haiwan yang lain. Selain itu,kandungan tambahan iaitu Ekstrak Kerang-kerangan - Glukosamina daripada ekstrak kerang-kerangan adalah penting dalam sintesis bendalir sinovia bagi melicinkan pergerakan sesendi dan melembapkan mata untuk melegakan ketidakselesaan mata, Elastin dari kolagen ikan - Elastin dapat mengekalkan keanjalan dan ketegangan kulit yang boleh melantun apabila dicubit. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi bersama kolagen untuk kulit yang lebih tegang, gebu dna anjal, Lactobasilus Acidophilus - Sejenis bakteria baik yang membantu untuk mengimbangi usus mikroflora dan memudahkan pembinaan semulajadi sistem usus sihat bagi meningkatkan penyerapan kolagen, Ekstrak Pfaffia - Pfaffia juga digelar sebagai Ginseng Brazil yang bila diganbungkan dengan enstrak biji benih Camellia Japonica, dapat menyokong pembentukan kolagen dan asid hialuronik. Dengan kemampuannya untuk mengikat jumlah air yang besar, asid hialuronik memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu badan dan mebuatkan kulit lembut, lembap dan rata, Ekstrak biji benih Camellia Japonica - Mengandungi asid oleik, sejenis emolien kulit dan pelembap yang unggul, dan bahan antioksida semulajadi. Isoflavon yang dapat membantu mengurangkan radikal bebas, Vitamin C dan Vitamin B - Vitamin C menggalakkan pengeluaran kolagen semulajadi yang melawan radikal bebas dan merosakkan kulit kita. Vitamin-Vitamin B terlibat dalam metabolisme karbohidrat, lemak dan protein untuk mengahsilakan tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kolagen dalam sel. 

2. Apa istimewanya collagen shaklee?
Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan. Terbukti dapat memperbaiki testur kulit wajah & menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu (melalui ujian klinikal)

3. Macam mana bentuk collagen shaklee?
Ianya berbentuk serbuk yang mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran. 1 kotak mengandungi 15 sachet di mana setiap sachet mengandungi 15mg. 

4. Tahan berapa lama collagen shaklee?
Untuk kesan yang lebih optimum, disarankan ambil 1 sachet setiap hari sehingga seminggu. Minggu seterusnya, pengguna boleh ambil selang sehari (untuk 30 hari penggunaan). 

5. Macam mana aturan makan collagen shaklee?
Hanya campurkan 1 sachet collagen bersama sebarang minuman kegemaran. Diambil pada waktu pagi semasa perut kosong atau sebaiknya malam kerana waktu malam adalah waktu pembinaan semula kulit. 

6. Berapa harga collagen shaklee?
Retail price RM298. Special price?Jengjengjeng..Kenapa ia mahal?Harga collagen berdasarkan sumber yang diperolehi untuk menghasilkan colalgen. Pastinya kerana kualiti yang dijaga untuk penghasilan collagen ini. Sumber dari ikan laut dalam adalah sukar untuk diperolehi. Jadi harga setanding dengan kualiti. 

7. Siapa sesuai amik collagen shaklee?
Collagen sesuai bagi mereka yang mengalami masalah berikut: 
-Terdapat garis-garis kesan ketawa, kedutan, lingkaran hitam bawah mata, kesan bengkak bawah mata, penglihatan kabur.
- Gusi yang tidak sihat
- Rambut kering dan bercabang di hujung
- Liang roma besar, pigmentasi, jeragat, kulit kering
- Garis halus pada leher 
- Kulit hilang keanjalan, lebih kering. Kelihatan tua daripada umur sebenar. 
- Organ dalaman tidak berfungsi dengan berkesan.
- Payudara dan punggung kelenturan
- Kehilangan kalsium, sakit belakang, sakit sendi.
- Kulit senang pecah, pudar dan kekuningan

8. Macam mana rasa collagen shaklee?
Collagen shaklee ada rasa macam ikan sedikit tapi rasa tu akan hilang jika dibancuh dengan minuman berperisa. Jadi jangan takut untuk mencuba. 

9. Boleh tak collagen diambil bersama product lain? 
Boleh tiada masalah cuma jarakkan pengambilan selama 2-3 jam.

10. Ibu menyusu boleh amik tak collagen shaklee?
Kebanyakan kandungan collagen powder shaklee adalah sesuai untuk ibu menyusu. Jika anda dan bayi anda boleh terima supplement alfalfa, bermakna collagen powder juga insyaaAllah tidak menjadi masalah. Malah ada yang beritahu setelah mengambil collagen, susu mencurah2 dan anak asyik nak menyusu. Jika tidak pernah menggunakan alfalfa, boleh juga menggunakan rules of 4 days. Iaitu cuba ambil collagen selama 4 hari berturut2 jika tiada kesan kepada bayi dan anda, bermakna anda boleh teruskan pengambilan.

Sempena bulan October ini saya ingin mengumumkan berita baik untuk anda semua..Untuk bulan ini, Shaklee menawarkan promosi Shaklee Collagen Powder, Beli 6 Percuma 1... Wow, ni memang harga runtuh!!! 
mmg ramai yg nakkkkk sangatttt beli Colllagen ni. tapi atas alasan harga, tak jadi beli..... tapi tidak lagi untuk bulan ni.. sbb bulan ni julung kalinya Shaklee buat promosi utk Collagen Powder....So kalau tak beli bulan ni mmg rugiiiiiii...promosi ni tak datang selalu ya....ramai dah amik 1set terus.. Jadi jgn ckp sy tak bg peringatan kalau stok promosi habiss..




Untuk Collagen yang terbaik dan eksklusif ini, harganya bukanlah mahal pun kerana jika nak dibandingkan dengan kos rawatan kulit di pusat2 kecantikan yang menggunakan krim atau suntikan kolagen, sememangnya ia harga yang murah dan berbaloi sangat-sangat !! Tambahan pula anda hanya perlu minum dengan minuman kegemaran anda setiap hari....tak perlulah mengeluarkan pula duit minyak untuk mengunjungi pusat kecantikan, tak perlu cucuk-cucuk, tak perlu sakit untuk cantikkan kulit tau..



Berapa harga SCP ni (sekotak ada 15 sachet)?
Harga Pasaran = RM 298 Semenanjung Malaysia | RM 312 Sabah/Sarawak

Tapi anda boleh mendapatkannya dengan harga istimewa..untuk mendapat harga special dari saya kenalah pm saya. Jangan lepaskan peluang ini! Jika anda jadi customer saya pasti anda akan mendapat harga yg gila-gila runtuh! :) anda pun boleh pakat-pakat dengan kawan anda untuk berkongsi membeli produk yang 'gorgeous' ini jika anda mahu..

Jadi, apa yang boleh saya katakan di sini...rugi jika tak mencuba Shaklee Collagen Powder...sebab...ia memang terbukti berkesan untuk memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan. Mengikut hasil kajian, dengan penggunaan Shaklee Collagen Powder selama 8 minggu ( 4 kotak)keputusannya positif , iaitu berlaku peratusan peningkatan kepada kulit dari segi :

  • 90% meningkatkan kelembapan 
  • 75% mengurangkan kekasaran & kekeringan
  • 71% meningkatkan dalam penampilan keseluruhan
  • 69% meningkatkan kelembutan dan kelicinan
  • 60% meningkatkan pemakaian kekal mekap
  • 55% meningkatkan keanjalan, ketegangan dan elastisiti
  • 54% meningkatkan ketebalan rambut
  • 50% meningkatkan keserian dan tona kulit 
  • mengurangkan garis-garis halus dan kedutan.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi, saya adalah PAKAR KESIHATAN ANDA!!!



Nurulain Mohamad € ID : 965388 € SMS/WhatsApp : 0167055135