Thursday 24 October 2013

KELEBIHAN DAN FADHILAT MENYUSUKAN ANAK



Mengapa susu badan dianggap terbaik?

Susu ibu dan susu formula (susu tin) adalah berbeza. Susu ibu menyediakan kesemua protein, gula, lemak dan vitamin yang diperlukan oleh bayi untuk menjadikannya sihat, malah terdapat faedah-faedah lain yang tidak terdapat di dalam susu formula. Ia membantu MELINDUNGI bayi dari serangan sesetengah penyakit dan jangkitan. Disebabkan bahan-bahan perlindungan yang terdapat di dalam susu ibu inilah, maka kanak-kanak yang diberi susu ibu jarang sekali diserang penyakit/masalah seperti :
  • Jangkitan dalam telinga (otitis media)
  • Alahan
  • Muntah
  • Cirit-birit
  • Pneumonia, bunyi ronkus, bronkiolitis
  • Meningitis
Anda pernah dengar Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS)???

Sudden Infant Death Syndrome (SIDS) ialah kematian yang berlaku secara mengejut pada bayi . Ia biasanya berlaku tanpa apa-apa simptom yang jelas. Bayi boleh meninggal secara tiba-tiba sahaja ketika tidur. Sindrom ini saya akan ulas pada entry yang akan datang.
Kajian juga telah menunjukkan bahawa penyusuan dengan susu ibu dapat melindungi bayi dari serangan tersebut. Antara faedah susu ibu yang lain, termasuklah:
  • Mudah untuk dihadamkan oleh bayi.
  • Tidak perlu disediakan.
  • Tidak memerlukan perbelanjaan dan sentiasa terdapat bekalan yang mencukupi.
  • Ia baik untuk alam sekitar kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak yang perlu dibuang ke dalam tong sampah.
Penyusuan susu ibu juga dapat memberikan sentuhan fizikal, menjalin kemesraan dan mengeratkan ikatan kasih sayang antara ibu dan bayinya.
Dari segi kesihatan terdapat banyak faedahnya:
  • Membakar lebih banyak kalori dan membantu mengembalikan semula berat badan anda yang dahulu dengan lebih cepat.
  • Mengurangkan risiko mendapat kanser ovari dan kanser payu dara di kalangan wanita yang belum putus haid.
  • Membina kekuatan tulang serta mencegah kepatahan tulang ketika usia lanjut.
  • Melambatkan kedatangan semula haid selepas bersalin, oleh itu dapat menjarakkan kehamilan (anda perlu ingat bahawa menyusukan bayi sahaja tidak dapat mencegah kehamilan).
  • Membantu rahim kembali kepada saiz asalnya dengan cepat.
Lebih lama anda menyusukan bayi anda dengan susu sendiri, lebih banyak kebaikan yang akan diperolehi oleh anda dan bayi, dan lebih lama pula kebaikan itu dapat bertahan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan pakar-pakar kesihatan menyarankan ibu-ibu supaya menyusukan bayi mereka seberapa lama yang boleh, satu tahun atau lebih lama, kerana susu ibu merupakan pemakanan yang terbaik di samping dapat melindungi bayi dari serangan penyakit atau jangkitan.

Secara teorinya, susu badan akan mengikuti keperluan bayi, tapi nyata ia tak semudah teori, bila dah mula bekerja, ramai ibu yang mendapati keperluan anak melebihi apa yang ibu dapat pam & bekalkan setiap hari. Tapi benarkah hal sebegini boleh berlaku? Dan kenapa? Jom kita tengok puncanya…
1- KEKERAPAN MENGEPAM
Biasanya bila dah mula sibuk, ibu yang dulunya mengepam 3-4 kali sehari di pejabat, akan kurangkan sesi kepada 2-3 kali, atau sekali, atau kadang2 tak sempat pam langsung!
Bila kekerapan mengepam dikurangkan, susu ibu akan berkurangan kerana signal yang di hantar ke otak “Buat susu” sudah dikurangkan. Umpamanya dulu pelanggan beli nasi lemak 3 bungkus, tapi sekarang untuk menjaga kesihatan dengan optimum,pelanggan hanya beli sebungkus sahaja. Jadi penjual pun mengurangkan kuantiti jualannya untuk mengelakkan berlakunya pembaziran jika jualannya tidak habis di jual.
Jangan kurangkan pam. Kalau ada duit lebih, invest untuk pam yang boleh handsfree, jadi sambil buat kerja boleh mengepam. :)
2- CARA PENGASUH MEMBERI BAYI MINUM

Agak pelik bila hantar bayi ke rumah pengasuh,tiba-tiba bayi minum lebih banyak susu dari yang di bekal. Cuba kita lihat cara pengasuh memberi susus pada bayi kita. Contohnya, bila bayi menangis saja terus beri susu. Apabila aktiviti seperti ini sering di lakukan, bayi akan merasakan aktiviti menghisap susu itu mampu menenangkannya. Maka,bayi akan tetap menghisap walaupun tidak lapar. Sebab itu bekalan si ibu tidak mencukupi.. Padahal, bayi itu mahu di peluk,di manja atau bermain dengan kita.. :)
Malah, ada pengasuh yang terus panaskan sebotol penuh. Jadi walapun bayi minum sikit, yang lebih akan dibuang saja.
# pastikan dan ajari pengasuh tentang cara pengendalian susu ibu.
3- CARA IBU SIMPAN SUSU PERAHAN

Ada kaitan sikit dengan no (2) di atas. Contohnya, ibu menjangka anak minum 10oz, maka ibu menghantar 2 botol susu yang mengandungi  5oz setiap satu. Di rumah pengasuh, bayi minum 4 kali di rumah pengasuh,lalu pengasuh memanaskan sebotol setiap sesi minum susu. Tamat sesi kedua, bekalan susu habis.
simpan susu ikut keperluan bayi minum setiap sesi. Kalau tak dapat agak, simpan dalam kadar 2-3 oz saja dalam satu botol.
4- OUTSTATION

Bila outstation, kadang kala  ibu tidak bawa bayi bersama. Jadi, ibu kena tahu bahawa beliau perlu pam 8-12 kali sehari, atau 2-3 jam sekali setiap hari untuk memastikan bekalan susu mencukupi untuk bayinya. Kadang kala ibu tidak menyedarinya kerana biasanya bayi minum pada waktu malam dan ini membuatkan bayi cepat berasa kenyang.
# pastikan anda Pam siang & malam mengikut masa
5- KEBERKESANAN PAM
pam susu ibu boleh hilang keberkesanannya bila dah lama dipakai. Misalnya menjadi haus, longgar, dan sebagainya. Ini akan menyebabkan pam tersebut gagal membantu ibu mengosongkan payudara.
6- PENGAMBILAN UBAT-UBATAN
Beritahu doktor yang anda tengah breastfeed dan minta doktor untuk memberi ubat yang selamat untuk BF.

Ambil tahu tentang kesan ubat-ubat terhadap penyusuan. 
PERINGATAN : vitamin bukan ubat ya !
7- PENGAMBILAN PIL PERANCANG
Sesetengah pil perancang boleh mengurangkan susu.
Dapatkan nasihat pakar laktasi sebelum mengambil sebarang perancang keluarga.
8- MENGANDUNG

Mengandung boleh kurangkan susu kerana hormon estrogen & progesteron meningkat menyebabkan prolaktin ‘tertekan’. Maka penghasilan susu badan juga berkurangan.
10- STRESS
Bila dah banyak kerja, atau bayi makin lasak, ibu mungkin menjadi stress. Stress boleh mengurangkan susu kerana tubuh kita ‘sibuk’ memikirkan benda lain dan mengganggu hormon-hormon dalam badan.
amalkan pemakanan sihat, minum air banyak, perancangan yang baik & teknik hypnobreastfeeding.
Jangan risau bila susu kurang, ia adalah asam garam biasa dunia penyusuan. Yang penting, kita tahu macamana nak selesaikannya. Pastikan badan anda mendapat nutrisi yang secukupnya. Bagi anda yang mengalami masalah PENGHASILAN SUSU BADAN saya sedia MEMBANTU anda.
Pakar Kesihatan dan Kecantikan Anda
Nurulain Mohamad   € ID : 965388   € SMS/WhatsApp : 0167055135

No comments:

Post a Comment