Thursday 17 October 2013

PENYAKIT JANTUNG PEMBUNUH NO. 1 WANITA DI MALAYSIA???


         


Setiap seorang daripada tiga orang wanita di dunia dijangka akan mengalami masalah jantung dalam hidup mereka. Ini bermakna bahawa pembunuh nombor satu wanita di dunia bukan lagi kanser payudara atau kanser pangkal rahim, tetapi penyakit jantung.


"Memang rasa sukar bernafas, tapi saya wanita dan bukan perokok. Tak mungkin saya alami sakit jantung!"

Benarkah andaian itu? Jika itulah yang berlegar dalam fikiran, itu tandanya anda tidak mempunyai maklumat lengkap mengenai penyakit jantung dan ancamannya Paling penting, anda wanita yang tidak endah hal ehwal kesihatan, termasuk tekanan darah atau bacaan kolesterol sungguhpun tidak merokok atau mengamalkan diet sihat.


        


Fakta ini mungkin mengejutkan ramai orang kerana selalunya penyakit jantung hanya dialami oleh orang lelaki sahaja. Namun tiada yang menyangka bahawa tanda-tanda yang dihadapi oleh orang wanita juga sebenarnya menandakan mereka serang mengalami serangan sakit jantung.

Hakikatnya, dalam banyak keadaan, serangan jantung kalangan wanita itu sukar dilihat kerana `tandanya' payah dikesan. Fakta ini serta salah tanggapan tentang serangan jantung adalah antara punca mengapa sakit jantung kekal di kedudukan nombor satu sebagai penyakit yang meragut nyawa wanita Malaysia. Bukan sejak setahun dua, sebaliknya sejak 10 tahun yang lalu kerana mangsa tidak mendapat rawatan pantas dan tepat serta tidak tahu punca utama serangan penyakit berkenaan.

Malah, kajian menunjukkan kematian akibat penyakit jantung adalah 2.5 kali ganda lebih TINGGI berbanding kematian akibat kanser bagi kalangan wanita. Statistik kematian di hospital kerajaan yang direkodkan dari 1990 hingga 2006, menunjukkan pesakit jantung wanita meningkat sehingga 136 peratus!

Setiap satu dari empat wanita berpotensi mendapat penyakit itu. Namun,apa yang menyedihkan kesedaran mengenainya masih rendah. Buktinya, kajian terkini Pertubuhan Kesihatan Jantung Wanita atau Women's Heart Health Organisation (WH2O) - organisasi di bawah Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia (NHAM) ke atas 5,195 responden berusia antara 20 hingga 70 tahun, mendapati bukan saja wanita, lelaki juga tidak mengetahui dengan jelas mengenai sakit jantung.


Penyakit jantung sentiasa dianggap penyakit utama lelaki kerana kebanyakan mereka adalah perokok selain mendapat penyakit berkenaan 10 tahun lebih awal sebelum wanita. 
Risiko wanita mendapat sakit jantung adalah lebih rendah berbanding lelaki. Wanita dilindungi estrogen tinggi ketika masih subur dan berupaya mengelakkan mereka daripada diserang penyakit jantung. Tetapi perlindungan itu boleh MEROSOT mendadak apabila mengalami menopaus. Ini berikutan tahap estrogen menurun selain trigliserida dan lipoprotein densiti rendah (LDL) atau kolesterol buruk di kalangan wanita berumur juga meningkat disebabkan kenaikan berat badan dan faktor usia. ( penuaan )

Pengerusi WH2O, Tan Sri Datuk Seri Dr Robaayah Zambahari pernah berkata dalam satu sesi taklimat pembentanga hasil kaji selidik mengani penyakit jantung bahawa risiko serangan jantung sebenarnya sama, baik bagi lelaki dan wanita. Tetapi faktor paling tinggi menyumbang kepada penyakit jantung ialah disebabkan diabetes mellitus, yang menjadi `ibu' penyakit kardiovaskular.


Dr Robaayah yang juga Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Institut Jantung Negara (IJN) berkata, risiko maut akibat penyakit kardiovaskular dan diabetes adalah 50 peratus lebih tinggi bagi wanita berbanding lelaki. Antara puncanya termasuk salur darah wanita lebih kecil berbanding lelaki menyebabkan lebih mudah terhalang apabila berlaku pengumpulan kolesterol dalam salur darah.

"Bila kita tidak tahu mengenai tahap kesihatan dan masalah jantung, besar kemungkinan bantuan tepat dan cepat tidak dapat dilaksanakan. Keadaan bertambah buruk apabila pengamal perubatan juga berfikir sedemikian. Kelewatan bantuan itulah yang boleh meragut nyawa," katanya.


INFO SERANGAN JANTUNG

                               

Ia berlaku apabila aliran darah kaya dengan oksigen ke bahagian otot jantung tersekat. Serangan jantung paling kerap berlaku akibat daripada penyakit jantung koronari (CHD), juga dikenali sebagai koronari arteri, di mana plak terbina dalam salur darah arteri koronari. Ia berlaku menerusi pengumpulan lemak dan kolesterol progresif. Jika tidak dipulihkan dengan segera, pesakit boleh mati akibat serangan jantung secara tiba-tiba atau lebih dikenali sebagai serangan jantung.


Punca Penyakit jantung koronari (CHD)

* Usia - Risiko sakit jantung tinggi selepas menopaus.

* Kolesterol berlebihan

* Hipertensi

* Merokok

* Gaya hidup tertekan di bawah tekanan tinggi

* Lemak berlebihan. Ukuran lilit pinggang melebihi 80 cm tingkat risiko sakit jantung

* Kurang bersenam

* Kencing manis atau diabetes

* Sejarah keluarga


Gejala Penyakit jantung koronari (CHD)

Antara gejala kerap berlaku termasuk:

* Sakit dada

* Sesak nafas

* Pening kepala

* Jantung berdebar


       



Diagnosis

Kaedah diagnosis CHD adalah:

* Elektrokardiogram (ECG)

* Ujian Treadmill - ujian untuk mengenal pasti kehadiran myocardial ischemia.

* Echocardiography

* Imbasan Perfusion Myocardial

* Tomografi Berkomputer (CT)

* Pengimejan Resonans Magnetik (MRI)

* Pengkateteran jantung dan Angiogram Koronari - Ujian ini memerlukan penyisipan kateter melalui arteri kaki atau pergelangan tangan dan suntikan pencelup yang di X-ray ke dalam arteri koronari, untuk menggambarkan dan mengesahkan darjah penutupan saluran darah.


Rawatan

Kaedah rawatan dilakukan berdasarkan tahap teruk pesakit apabila didiagnosis sama ada pengambilan ubat atau pembedahan.

* Rawatan Ubat

Pada peringkat awal, pesakit biasanya diletakkan di bawah rawatan perubatan menggunakan aspirin atau GTN untuk melegakan gejala.

* Angioplasti Koronari

Dikenali sebagai intervensi koronari perkutaneus (PCI), suatu jenis rawatan pengembangan bagi arteri koronari yang mengecil atau tersumbat, berbanding dengan pembedahan. Biasanya jika doktor mengesahkan bahawa 70 peratus atau lebih daripada arteri pesakit mengecil atau tersumbat, PCI disyorkan .

* Graf pintas Arteri Koronari (CABG)

Dikenali sebagai pembedahan pintas, ia menggunakan pembuluh anggota atas atau bawah seperti vena safenus dan arteri internal atau arteri radial di pergelangan tangan sebagai alur untuk mengraf aorta distral kepada arteri koronari untuk memintas penyempitan aterosklerotik untuk meningkatkan bekalan darah kepada otot jantung dan selepas itu melegakan angina pektoris dan mengurangkan insiden restenosis.

Mitos dan fakta

* Mitos
Penyakit jantung koronari penyakit lelaki dan bukan wanita.
* Fakta
Wanita menopaus mempunyai risiko tinggi menghidap sakit jantung kerana tiada hormon estrogen yang melindungi mereka.


* Mitos
Pembunuh utama wanita berkaitan kanser seperti kanser pangkal rahim, kanser payu dara, kanser ovari dan kanser rahim.
* Fakta
Kajian mendapati, penyakit jantung koronari membunuh wanita dua kali ganda lebih tinggi berbanding penyakit-penyakit kanser.


* Mitos
Tahap kolesterol normal, jadi risiko menghidap penyakit jantung rendah.
* Fakta
Tanggapan ini tidak benar. Kebanyakan individu mendapat serangan penyakit jantung ini mempunyai tahap kolesterol normal, hanya 30 peratus daripada mereka mempunyai tahap kolesterol tinggi.

* Mitos
Tidak merokok, tidak meminum minuman keras, sentiasa melakukan senaman, tidak menghidap diabetes atau mempunyai hipertensi, jadi saya tidak akan mendapat penyakit jantung.
* Fakta

Kajian mendapati, 30 peratus pesakit mendapat serangan sakit jantung tidak mempunyai faktor risiko. Pada masa ini pakar perubatan masih mengkaji gejala pembentukkan dan pengembangan penyakit jantung secara terperinci.

Justeru, sama ada anda mempunyai faktor risiko atau tidak, anda sebenarnya mempunyai risiko mendapat penyakit jantung. Bagaimanapun, jika anda mempunyai faktor risiko, peluang untuk mendapat penyakit jantung adalah lebih tinggi. Justeru selalu amalkan gaya hidup sihat dan ketahui keadaan tekanan darah anda.


* Mitos
Serangan jantung adalah disebabkan penyumbatan saluran arteri koronari.
* Fakta

Dua pertiga daripada serangan jantung yang berlaku berpunca daripada salur darah yang mempunyai kadar penyumbatan plak kolesterol kurang daripada 50 peratus pecah. APesakit yang mempunyai tahap penyempitan yang melebihi 70 peratus biasanya mempunyai tandatanda gejala penyakit jantung.


MANFAAT COENZYME Q10 PADA PESAKIT JANTUNG


               

Coenzyme Q10 adalah bahan semulajadi dihasilkan dalam tubuh. Banyak kajian yang menunjukkan bahawa CoQ10 membantu pesakit jantung dan paru-paru untuk menghilang rasa penat dan tidak bertenaga. 

Coenzyme Q10 boleh didapati dalam semua bahagian tubuh. Bahan yang menyamai vitamin ini merupakan anti oksida dan menjadi komponen penting kepada beberapa aktiviti berkaitan metabolisme tenaga.

Coenzyme Q10 banyak dijumpai dalam mitokondria, di mana beberapa siri reaksi biokimia mengambil tempat serta pembentukan tenaga yang diperlukan untuk menyokong kehidupan. Namun, koenzim Q10 paling banyak ditemui dalam otot jantung dan hati berbanding tisu-tisu tubuh lain kerana keperluan tenaganya yang lebih tinggi pada sel-sel jenis ini.

 

            


Coenzyme Q10 atau CoQ10 hadir secara semula jadi dalam makanan dan juga boleh disintesiskan dalam tubuh. Adakalanya kekurangan boleh berlaku akibat pengambilan dalam makanan yang tidak mencukupi, masalah dalam biosistesis koenzim Q10, penggunaan yang berlebihan oleh tubuh atau kesemua faktor-faktor tersebut. Kaitan antara kekurangan COQ10 dan masalah kesihatan didedahkan oleh beberapa kajian ke atas manusia dan juga haiwan. Masalah-masalah kesihatan ini selalunya dikaitkan dengan penghasilan tenaga yang rendah atau fungsi otot yang lemah seperti kegagalan jantung, sindrom keletihan kronik dan juga migrain.

Manfaat Coenzyme Q10 untuk menyokong kesihatan jantung banyak disokong oleh kajian klinikal. Kajian turut mencadangkan agar koenzim Q10 digunakan sebagai terapi tambahan kepada penghidap kegagalan jantung kongestif (congestive heart failure). Di Jepun, Coenzyme Q10 diluluskan untuk digunakan dalam rawatan masalah jantung ini.

Kekurangan Coenzyme Q10 yang ketara juga dikesan di kalangan penghidap kegagalan jantung kongestif yang turut sama mengalami hipertensi. Ujian klinikal juga mendapati pengambilan Coenzyme Q10 di kalangan penghidap hipertensi mampu membantu merendahkan tekanan darah sistolik dan diastolik dengan ketara.

Masalah keletihan dan kelemahan otot juga lebih mudah dialami di kalangan mereka yang sedang mengambil statin untuk menangani masalah peningkatan kolesterol dalam darah. Tidak dapat dinafikan statin merupakan ubat untuk mengawal peningkatan kolesterol yang berkesan. Namun, dalam masa yang sama ia juga boleh merendahkan penghasilan Coenzyme dalam tubuh memandangkan kedua-duanya berkongsi laluan yang sama dalam proses penghasilannya dalam tubuh.

Kajian membuktikan bahawa pengambilan statin dalam jangka pendek sekalipun boleh merendahkan paras koenzim dalam plasma darah. Dengan itu, pengambilan Coenzyme Q10 dianggap penting di kalangan pengambil statin dalam usaha mencegah simptom-simptom seperti kelesuan dan masalah jantung.


          

 

Sebagai seorang JURURAWAT yang sentiasa bertemu dengan pesakit- pesakit jantung(saya bertugas dibahagian unit jantung) serta merupakan PAKAR KESIHATAN sentiasa ingin berkongsi dan MEMBANTU anda dalam penjagaan kesihatan anda tanpa ragu-ragu. 


Nurulain Mohamad € ID : 965388 € SMS/WhatsApp : 0167055135







No comments:

Post a Comment