Tuesday 1 October 2013

Petua awet muda dalam islam


Selamat petang... Saat untuk pulang..huhuhu.. Seharian di tempat kerja sangat memenatkan,kan? Kerja yang bertimbun- timbun, rakan sekerja yang kadang-kadang bermacam perangai...macam - macam perkara yang nak kita hadapi..stress kan?

Bila stress, tu yang buat muka jadi tak berseri tu. Tambah pula kalo ada pula garis-garis halus yang timbul yang membuat kan wajah kita jadi kusam dan nampak berusia..

Jadi saya nak kongsikan sikit petua awet muda..semoga bermanfaat untuk semua...


Cara pertama

Selepas solat Isya' ambil segelas air, baca surah Al- Fatihah 1x, Ayatul Qursi 1x dan surah Al- Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7x.

Kemudian tiupkan dalam air dan minum. Semasa minum,niatkan dalam hati untuk menjaga kecantikan kita serta untuk kebahagian rumahtangga. ( bagi siapa yang sudah berkahwin)

                               

Makna surah A-Waqiah ayat 35-38

Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa (56:35)
Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara ( yang tidak pernah disentuh) (56:36)
Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya (56:37)
(Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan (56:38)


Cara kedua

Zikir di bawah dibaca untuk membantu kita kelihatan berseri, serta membantu untuk awet muda luaran dan dalaman. Amalkan bacaan zikir seperti 

" Ya Radiyah " 1x
" Ya Nur " 1x
" Ya Hadi " 1x
" Ya Allah " 3x

Kemudian tiupkan ke tapak tangan serta sapukanada seluruh wajah. Lakukan setiap hari. InsyaAllah anda akan nampak kesannya.

" Yang baik itu datangnya dari Allah"

No comments:

Post a Comment